Saturday, 10 November 2012

SUHU

  
* Adalah penunjuk darjah kepanasan.


* Suhu menunjukkan panas atau sejuknya sesuatu bahan atau objek.


* Semakin tinggi suhu sesuatu objek, semakin panas objek itu.


* Suhu diukur menggunakan termometer.



              
 

    Termometer Klinik                  Termometer Makmal




* Unit metrik bagi suhu ialah darjah Celsius (˚C).



Teknik yang betul untuk menyukat suhu adalah seperti berikut:

a)     Pegang termometer pada batangnya secara menegak.Jangan pegang bebuli termometer kerana haba badan kita akan mempengaruhi bacaan termometer.

b)      Rendamkan bebuli di dalam air.Jangan sentuhkan bebuli pada dasar atau dinding bikar.

 c)   Apabila mengambil bacaan, kedudukan mata mestilah searas dengan meniscus merkuri di dalam termometer.
 

3 comments: